YB Hamzah Alang merupakan ahli politik PerikatanUMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kapar, negeri Selangor (1958-1964).

Sejarahnya, penduduk Kampung Serdang yang berada dalam kawasan Kapar, telah membuat permohonan pembinaan sebuah sekolah di kampung tersebut melalui YB Hamzah Alang, YB Tuan Haji Mas’od Hayati dan YM Raja Mokhtar. Mereka inilah yang berjumpa dengan YB Manikavasagam, Menteri Buruh pada masa itu. Pembinaan Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang telah berjaya direalisasikan pada tahun 1960.

Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak HusseinPilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat, bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai dan membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pada malam 31 Ogos 1957, semua jalan menuju ke Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka sekarang) penuh sesak dengan kenderaan.  Padang itu telah dipenuhi orang ramai, begitu juga jalan-jalan telah penuh. Kira-kira sejam sebelum berlakunya penurunan bendera Union Jack di situ, jalan-jalan berdekatan telahjemsepenuhnya.  Mengikut jadualnya, tepat pukul 12 malam, bendera Union Jack akan diturunkan oleh tiga orang Pemuda UMNO dan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang hampir serupa dengan bendera Amerika.

Sementara menunggu saat itu, para hadirin yang telah penuh sesak memberi perhatian kepada pengacara majlis malam itu iaitu Ismail Bontak, seorang pelawak Radio Tanah Melayu ketika itu. Dia juga adalah orang Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman sekarang). Ismail Bontak inilah yang melukis gambar kapal layar yang kemudian dijadikan lambang Perikatan dalam pilihanraya. Tiga orang pemuda yang dipilih untuk melaksanakan upacara penurunan bendera kerajaan Inggeris itu adalah Hamzah Alang dari Klang, Radin Supatan dari Kampung Baru dan seorang lagi(walLahu a’lam).

Halaman Utama