Objektif PIBK SKSS

PENDAHULUAN

Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan secara terancang. Oleh itu, peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab, PIBG berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pihak sekolah menjayakan perlaksanaan perancangan yang telah diatur.

OBJEKTIF

  1. Memastikan 100% ibu bapa / penjaga menjadi ahli yang berdaftar secara sah dalam PIBG SKSS
  2. Mengembleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kemajuan sekolah
  3. Mewujudkan hubungan padu dan erat antara sekolah dan komuniti setempat
  4. Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid dalam pengetahuan PIBG
  5. Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan,tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid
  6. Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya
  7. Membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi keselesaan murid

Halaman Utama